MEKAR | SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim
Karim taja 2,000 Utusan Malaysia bagi sekolah di DUN Tanjung Bidara
ALOR GAJAH 1 Mac - Sempena Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam), seluruh sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menerima penajaan akhbar Utusan Malaysia.
ADUN Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman menaja sebanyak 2,000 naskhah Utusan Malaysia untuk diedarkan di semua sekolah di sini bagi menjayakan program itu.
Menurutnya, tajaan itu adalah sebagai galakan kepada pelajar untuk membudayakan amalan membaca daripada pelbagai sumber bacaan.
Katanya, akhbar juga merupakan bahan bacaan yang penting kerana memberikan informasi semasa dalam dan luar negara.
"Selain bacaan buku ilmiah, akhbar Utusan Malaysia juga dapat memberikan maklumat bermanfaat kepada pelajar kerana mempunyai pelbagai bahan berita dalam dan luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian 400 naskhah Utusan Malaysia kepada pelajar dan guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ihya El-Karim di Tanjung Bidara dekat sini hari ini.
Hadir sama, Pengetua sekolah itu, Johari Samad.
Ab. Karim berkata, selain sekolah, akhbar berkenaan juga akan diedarkan di masjid, kedai makan dan tempat tumpuan ramai.
Sementara itu, Johari berkata, sumbangan tajaan akhbar Utusan Malaysia itu dapat memberikan satu lagi jenis bahan bacaan kepada pelajar sempena program Nilam di sekolah berkenaan.
"Pelbagai aktiviti sedang dijalankan pihak sekolah dalam usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar di sekolah ini dan sumbangan tajaan akhbar adalah salah satu usaha ke arah itu," katanya.
Beliau berkata, akhbar yang disumbangkan itu akan diberikan kepada seluruh guru termasuk beberapa persatuan dan pelajar untuk dimanfaatkan sebagai bahan bacaan.
Sumber: Utusan Malaysia
Untuk Apa Ibadah Korban Itu?

Untuk apa dilaksanakan ibadah korban?
Tujuan sebenar melakukan ibadah Korban bukanlah untuk mempersembahkan darah atau daging haiwan sembelihan tersebut kepada Allah, akan tetapi untuk umat Islam mengejar ketaqwaan di sisi-Nya sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:
"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu..."
Majlis Redha Ilmu PMR 2012
Semasa majlis tersebut semua calon berkesempatan memohon keampunan dan restu daripada guru-guru sebelum bersurai. Semoga dengan majlis ringkas ini membuatkan pelajar lebih tenang dan lapang dada menghadapi peperiksaan yang dijadualkan bermula hari ini di seluruh negara.

















