Articles

Print

Hubungi Kami

. Posted in Info

User Rating:  / 12
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau cadangan, sila berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah melalui cara berikut :

Alamat sekolah:
SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim,
Tanjung Bidara,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.

No. Telefon: 06-3852022
No. Faks: 06-3853732

e-mel: smaehyaalkarim @yahoo.com
Print

Pencapaian Sekolah 2011/2012

. Posted in Info

User Rating:  / 1
PENCAPAIAN SEKOLAH 2011/2012

  1. Johan Pertandingan 3K (Keselamatan, Kebersihan, Keceriaan) Kategori SABK Peringkat Negeri Melaka 2011 dan 2012
  2. Anugerah Prestasi Cemerlang Pengurusan Makmal Sains Menengah Rendah di antara Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 2011
  3. Johan Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2011
  4. Penghargaan komitmen dan kerjasama menjayakan penerbitan Dokumentari Syahadah Musim ke-7, 2011.
  5. Penghargaan penyertaan dalam Program Tabung Palestin Ramadhan 2011
  6. Tempat ketiga Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka 2011 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54 kategori Sekolah Menengah.
  7. Johan Pertandingan Anugerah Dewan Makan Sekolah Menengah Berasrama Bersih Peringkat Negeri Melaka
  8. Anugerah pencapaian 5 bintang penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS)
  9. empat ketiga Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia Kategori Sekolah Menengah anjuran Jabatan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Peringkat Kebangsaan
  10. Johan Pertandingan Kantin dan Dewan Makan Sekolah Menengah Bersih 2011 Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
  11. Johan Pertandingan Pengurusan PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.
  12. Johan Keseluruhan Pengurusan PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2011
  13. Anugerah Pencapaian Terbaik dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kategori ASNAF 2011
Print

Profil Sekolah

. Posted in Info

User Rating:  / 16

 

INFO SEKOLAH

Nama Sekolah: Sekolah Menengah Arab (JAIM ) Al-Ehya El-Karim

Alamat: Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Kod Sekolah: MFT 0001

Gred Sekolah : A

No. Telefon : 06-3852022
No. Faks: 06-3853732

 




SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim, dikenali juga sebagai MEKAR (Maahad Al-Ehya El-Karim), telah ditubuhkan pada tahun 1943 secara milik persendirian oleh Tuan Hj. Ab. Karim bin Dalip. Beliau merupakan anak jati Tanjung Bidara. Bangunan sekolah asalnya adalah bangunan surau berbentuk kapal terbang. Sistem pengajiannya berorientasikan pengajian pondok dengan menggunakan bahasa pengantaran Bahasa Arab dan kitab-kitab turath.


Pada tahun 1980-an, sekolah ini telah diambil oleh oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pada asalnya, para pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Namun pada tahun 2000, pihak JAIM telah menjadikan sekolah ini terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.


Pada tahun 2006, satu Memorandum of Understanding (MOU) telah dimenterai antara JAIM dan Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral - JAPIM) di mana pengurusan pentadbiran, pelantikan guru-guru dan pengambilan murid diuruskan oleh JAPIM ( kini ditukar nama kepada Bahagian Pendidikan Islam - BPI ). Sementara itu, kurikulum Ad-diniyah ( Al-Azhar), tanah dan juga bangunan sekolah adalah di bawah pentadbiran kuasa JAIM. Kerajaan pula membantu sebahagiannya dalam melengkapkan kemudahan prasarana dari semasa ke semasa.





MISI SEKOLAH

  1. Memastikan pencapaian kurikulum dan kokurikulum sentiasa cemerlang.
  2. Memupuk sahsiah dan nilai-nilai murni bagi melahirkan keperibadian yang unggul.
  3. Mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria, kondusif dan selamat.
  4. Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.
  5. Menyediakan kemudahan dan prasarana yang selesa dan sempurna.
  6. Menjalin hubungan dengan kerjasama yang erat dengan komuniti dan agensi luar.





VISI SEKOLAH

"SMA (JAIM) AL-EHYA EL-KARIM GEMILANG 2015"






WAWASAN MEKAR

Menjadi sekolah terkemuka di Melaka dan Malaysia dengan mengamalkan pengurusan sekolah serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti ke arah membentuk insaniah pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi mencapai misi sekolah, beberapa strategi 'Bersedia Menerima Perubahan' perlu diberi perhatian. Antaranya ialah :

  1. Bersedia menerima teguran dengan hati yang terbuka;
  2. Bersedia untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan;
  3. Bersedia untuk menyumbangkan tenaga dan idea;
  4. Bersedia untuk memelihara dan mempertingkatkan nama baik sekolah;
  5. Bersedia untuk menghidupkan budaya ilmu.




PIAGAM MEKAR

  1. Memastikan setiap pelajar berpeluang mendapat P&P yang bermutu demi kecemerlangan akademik dalam peperiksaan dalaman dan awam.
  2. Memastikan setiap pelajar berpeluang mengembangkan potensi diri dan bakat demi kecemerlangan ko-kurikulum.
  3. Memastikan setiap pelajar berjaya membentuk sahsiah dan disiplin diri dengan mengamalkan nilai-nilai Islam.
  4. Mewujudkan sekolah yang kondusif yang mengamalkan pengurusan yang cekap, tepat dan berkesan.
  5. Menjalin kerjasama yang erat dengan golongan ibu bapa, agensi-agensi luar dan komuniti setempat serta bersedia untuk menerima pandangan, cadangan dan teguran membina demi kecemerlangan sekolah.




RUKUN SEKOLAH

  1. Berpegang kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah;
  2. Berbudi bahasa dan berdisiplin;
  3. Menghormati guru dan rakan;
  4. Berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan amanah;
  5. Menjaga imej dan harta sekolah;
  6. Sentiasa berusaha dan bekerjasama;
  7. Bersemangat dalam akademik dan ko-kurikulum;
  8. Beroperasi untuk memajukan diri, masyarakat dan negara.




MOTTO MEKAR

" MEKAR Hebat! "





MOTTO PROFESIONALISME

" CEKAP, TEPAT DAN BERKESAN "






LAGU SEKOLAH

Tersergam indah MEKAR
Mencapai satu wawasan
Pelajar berdisiplin guru dedikasi
Warga Maahad di sanjung tinggi


Sekolahku Maahad Al-Ehya El-Karim
Terus harum di pelusuk dunia
Kami berjanji akan menjaga oh, namamu!
Impian kan jadi kenyataan


Al-Quran, As-Sunnah jadi panduan
Rukun Islam, Iman teras kami
Nama maruahmu kan kami jaga
Demi bangsa, agama dan negara


Majulah MEKAR sekolahku (2X) chorus